Monday, April 11, 2005

The Greatest Discrimination on Earth

Seingat aku, sampailah bulan ni, Abbas Suan; salah seorang daripada tiga Arab yang join pasukan bola sepak Israel asyik kena boo je memanjang oleh ribuan peminat Israel yang prejudis bila setiap kali dia sentuh bola biarpun berniat menghalang usaha pihak lawan menjaringkan gol.

Begitupun, sekarang ni, orang Israel cop dia sebagai hero negara. Ketinggalan satu mata pada saat-saat last perlawanan menentang Ireland, midfielder yang berumur 29 tahun tu lepaskan satu sepakan kencang ke hujung jaring gol pihak lawan. Bagi Abbas sendiri, nilah one of the sweetest moments of his life.

Akan tetapi, signifikan gol Abbas yang bertarikh 27 Mac 2005 tu mungkin boleh pergi lebih jauh dari setakat membangkitkan harapan Israel untuk sampai ke peringkat akhir Piala Dunia buat pertama kali sejak empat dekad berlalu.

Pejuang hak asasi menganggap pencapaian Abbas mungkin boleh ukir semacam satu milestone buat perjuangan berdekad-dekad kaum Arab minoriti negara tu menentang diskriminasi. Bagi diorang, it’s bigger than Abbas Suan.

Sepanjang tempoh empat tahun setengah saudara Palestin diorang bangkit kat Tebing Barat dan Gaza, rakyat Arab Israel yang cuma 20% je banyaknya mendapat tekanan yang gila-gila babi punya hebat. Kes gasak dengan polis pada Oktober 2000 memakan 12 nyawa. Beberapa lagi dituduh bawa bom berani mati ke kota-kota Israel dengan kereta diorang yang sekali gus mengagamkan lagi rasa cuak orang Yahudi.

Walau bagaimanpun, dengan Abbas berjaya selamatkan pasukan bola sepak tu, diorang kata sikap ni mungkin boleh berubah. Tetiba, rakyat Arab Israel kembali menjadi sebahagian daripada nyawa negara tu – diorang joined public debate tapi bukan berada di posisi yang negatif.

Tetiba, keupayaan Abbas Suan bagi satu gol kat pasukan Israel kononnya berupaya beri legitimasi kepada orang Arab kat Knesset.

Beberapa hari kemudian, Walid Badir, seorang lagi Arab Israel berjaya menyelamatkan pasukan bola sepak Israel dengan membawa keputusan seri menentang Perancis. Sekali lagi, pada akhir perlawanan, segala-galanya menjadi cukup dramatik.

Hal ni bukanlah pertama kali jadi; minoriti yang kena diskriminasi menggunakan bidang atlitik sebagai lorong untuk kesamaan sejagat.

Kat Perancis, Zinedine Zidane, anak kepada imigran Algeria, berjaya semacam melembutkan sikap keras rakyat negara tu terhadap minoriti Islam bila dia sukses mengemudi pasukan bola sepaknya menang Piala Dunia 1998.

Ada dua tiga Israel yang layan perlawanan Piala Dunia awal April tu cakap yang the power of that goes beyond the goal. Benda ni kiranya semacam breakthrough. Mesej besarnya jelas adalah satu: Orang Arab Israel berkongsi kemenangan ni dengan orang Yahudi dan diorang pun patut berkongsi hak terhadap komitmen yang diorang kasi.

Memang pun! Orang Palestin yang tetap lepak kat negara Yahudi tu lepas perang Arab-Israel pada tahun 1948 memanjang asyik kena pandang semacam je oleh majoriti negara tu. Walaupun dapat kerakyatan gedebak-gedebuk semua tapi masih, diorang tetap berada di bawah pemerintahan tentera sampailah tahun 1966.

Hak asasi untuk mengundi turut meracuni sektor lain. Kat bandar-bandar Yahudi dan Arab, perbezaan yang besar nyata wujud dari segi pendidikan mahupun pembangunan.

Pangkat-pangkat tinggi dalam kerajaan memang orang Arab tak dapat merasalah. Walau macam manapun, tahun lepas, orang Palestin pertama telah dilantik kat Mahkamah Agung dan mengepalai sebuah kementerian.

Still, orang ramai bagi amaran yang tendangan Abbas sahaja takkan mungkin menoktahkan prejudis ke atas Arab Israel yang dah bertahun jadi. Aku pun rasa macam tu jugak. Arab dan Israel berbaik? I know and you know it; not in this fucking life!

Comments on "The Greatest Discrimination on Earth"

 

post a comment
>><$BlogItemCommentCount$> comments <$BlogItemControl$>

Comments on "<$BlogItemTitle$>"

 

<$BlogCommentAuthor$> said ... (<$BlogCommentDateTime$>) :<$BlogCommentDeleteIcon$>

<$BlogCommentBody$>

 

title="post a comment on '<$BlogItemTitle$>'">post a comment