Kegilababian DBP yang Slow Gila Babi
Bahagian penerbitan DBP memang gila babi. Serius, memang gila babi tahap karma. Pagi tadi, masa on the way nak ke kerja; dihantar oleh bapak aku, tetiba bapak aku terbukak tuturan yang dia nak pergi jumpa Pengarah PPTP UKM, Encik Hasrom Haron (yang muka dan stail memang gila babi sama macam Tommy Lee Jones) hari ni for this particular job grafik. Entah macam mana, aku boleh tertanya sama ada Encik Hasrom ni kenal kebanyakan sasterawan ke tak sebab kalau boleh, aku nak bapak aku tanya pendapat dia pasal kegilababian A. Samad Said yang tensen sebab tak menang Hadiah Sastera Perdana itu hari. Aku tak ingat apa yang bapak aku jawab sebab otak aku tetiba mengelamun pada Honda Jazz ungu yang lalu kat sebelah. Yang aku pasti, sekonyong-konyongnya bapak aku kata. "Dewan Bahasa ni memang gila babilah. Shahnon Ahmad sampai dekat enam tahun tunggu buku dia keluar." Aku terdiam dengan kekatanya. Malas nak tanya macam mana dia boleh ke tiba bab tu sebab nampak sangat aku tak ambik pusing percakapan dia tadi. And so, bapak aku pun mulalah bercerita pasal bahagian penerbitan DBP yang slow gila babi. Katanya, DBP memang slow gini; tak tahu masalahnya, tak tahu apa puncanya. Macam aku cakap kat atas tadi, Shahnon Ahmad himself terpaksa tunggu sampai enam tahun untuk tengok buku dia keluar. Buku yang mana satu? Heck, still dalam simpanan diorang lagilah. Dengar cerita, sekarang ni dalam pra produksi; itupun setelah Shahnon terpaksa naik turun tangga berjumpa dengan Aziz Deraman (Ketua Pengarah DBP sebelum ni) dua tahun lepas. Dua tahun lepas tu bai! Satu masa dulu, ada sekali bapak aku pergi rumah gemulah Othman Puteh untuk lepak-lepak minum, sekali tetiba bapak aku kena sound dengan bini gemulah pasal satu buku suaminya tu yang dah lima tahun terperuk kat DBP. Hence, aku teringat akan satu job grafik yang aku dengan bapak aku buat untuk penyair Marzuki Ali (yang memang tak berapa popular) tahun lepas dan bertawakkal kat DBP awal tahun hari tu. Aku agak-agak, bila aku dah menang Bintang RTM, dapat jadi penyanyi, lepas tu berlakon drama TV pulak, kemudian slow down lalu terus menyepikan diri dan tau-tau kena cekup serta kena heret ke mahkamah sebab kena tuduh ada salah gunakan dadah - waktu tu, baharulah buku tu keluar gamaknya. Masalah gila babi DBP ni sebenarnya dah lama wujud. Aku tak tahu pasal apa. Johan Jaafar yang dilantik oleh kerajaan sebagai salah sorang Lembaga Pengelola DBP (termasuklah Baha Zain sebagai pengerusi dan Encik Hasrom sendiri) pun tak tahu pasal apa. Dia cuba jugak turun padang; pantau keadaan tapi masih, dia tak tahu apa puncanya. Akhir sekali, dia tuding kesalahan kat Anwar Ridhwan yang merupakan Pengarah Penerbitan DBP. Katanya, Anwar terlalu baik dan chill sampai habis orang bawah dimanjakannya. But Johan, lu jangan jadi gila babi; lu kena ingat, masalah ni berlaku since forever, man! Kalau tak silap aku, benda slow ni pernah berlaku jugak kat sorang penulis ni dulu bersama dengan satu lagi benda best: Masa nak diterbitkan (10 tahun lepas dia hantar), segala manuskrip dia semua dah dihilangkan DBP. Jadi, mau tak mau, ke mahkamah jugaklah kes ni dibawak dan dia pun menang dan DBP pun kena saman sebab lalai dan DBP pun kena terbit buku dia tu dengan secepat mungkin (nasib baik dia ada buat duplicate). Yang pelik, masa tu, boleh pulak DBP jadi cepat. Tak sampai berapa bulan, dah ada pun buku penulis tu kat pasaran; kat rak paling depan sekali. Why? How? Whatta fuck?! Semua orang tahu masalah DBP ni memang gila babi. Jadi, masa DBP di bawah regim Haji Jumaat dulu, bahagian penerbit dia dikerah untuk keluarkan bukan 50, bukan 500 tapi 5000 tajuk buku setahun. Yup, that's lima ribu my friend. Maka, untuk merealisasikan benda yang konon realistik tu, semua kakitangan bahagian utama DBP dihantar ke pelbagai bengkel ke serata tempat indah kat Malaysia bagi persiapan diri; Pangkor, Tioman, Langkawi, Genting, Cameron, PD, A Famosa, Telaga Hang Tuah dan tempat Sultan Mahmud kena bunuh. Gila babi betul! Begitupun, bila habis sekalian bengkel dihadiri, idea tu dibatalkan dengan serta-merta tanpa penjelasan yang jelas. Just macam tu je *petik jari*. Post ni aku buat bukanlah untuk cari jalan penyelesaiannya; cuma bangkitkan isu je. Bagi aku, DBP boleh jadi rajin dan bermaruah macam dulu balik kalau diorang stick kepada niat asal diorang: Perjuangkan Bahasa Melayu dengan jujur dan ikhlas. Ini bila sorang menteri cakap tak kisah Bahasa Inggeris dimelayukan cam perkataan filosuf, I (untuk saya), komitmen, agrikultur, nasi (nation) dan memacam lagi; diorang just buat dek je. Aku rasa, nama DBP sebagai sebuah institusi ilmu masa tu dah ke takah tiga serta-merta jugak. P/S: Syed Nasir (Ketua Pengarah DBP zaman 60s) dulu pernah sekali mengepalai satu tunjuk perasaan bawak keranda ke parlimen untuk menunjukkan rasa tak puas hati DBP kat kerajaan kerana 'membunuh' tulisan jawi dengan macam tu je tanpa membuat sebarang alternatif lain untuk perkembangkannya lagi. Itu, memang satu peristiwa paling manis pada pendapat aku dalam sejarah bahasa di Malaysia. Aku bet, pada laaa ni, memang impossiblelah DBP akan ulangi sejarah macam tu lagi; no way in hell walaupun pistol letak kat kepala. |
Comments on "Kegilababian DBP yang Slow Gila Babi"