Wednesday, April 20, 2005

Nazri M. Anuar & The Birthday Party

Vovin, Happy Birthday Yang Ke-25!!!

Wohoo! Semoga kau panjang umur dan murah rezeki. Heck, Tuhan jelah yang tahu betapa aku, Fairul dan Civillian jealous dengan pencapaian kau setakat ni; ada novel, ada kereta dan ada awek yang cun! Kitorang tak tau macam mana nak persembahkan perasaan kitorang yang sebenar tapi... well, this will do:

(Let's boogie.)

Willy Wonka! Willy Wonka!
The amazing chocolatier.

(Whee!)

Willy Wonka! Willy Wonka!
Everybody give a cheer.

(Whoopee!)

He's modest, clever and so smart,
He barely can restrain it.
There's so much generosity,
There is nowhere to contain it.
To contain it, to contain it, to contain...

(Ew!)

Willy Wonka! Willy Wonka!
He's a genius who just can't be beat.
The magician and the chocolate wiz.

(Chewing gum is really gross. Chewing gum I hate the most.)

Willy Wonka, here he iiiiiiiiisss!



Oh, ya! Selamat hari lahir jugak kat Aliya.

Saturday, April 16, 2005

On the West Bank

Sejak orang Palestin mula bertindak melawan tentera Israel kira-kira empat tahun dan enam bulan yang lalu, rangkaian berita seluruh dunia (kecuali Al-Jazeera aku bet) tak habis-habis melaporkannya dengan konsep, pendekatan dan perlaksanaan yang tak jujur.

Pandangan aku sebagai seorang mamat yang sucker terhadap perkembangan Timur Tengah, mainan bahasa yang digunakan pemberita biasanya menyebelahi tentera penceroboh daripada orang Arab yang kena jajah dan biasanya copkan sedara Islam ni macam makhluk asing dalam 'War of the Worlds' yang mengancam survival Israel. Konflik di antara Israel dengan Palestin ditunjuk, terutamanya buletin-buletin yang komersil, semacam sebuah pertempuran dua kuasa yang deduanya bersalah dan bertanggungjawab. Gentle cakap, ini adalah sebuah kesamaan taraf yang bapak kencing gila.

Macam mana benda ni boleh jadi? Aku pun tak tahu. Mungkin, sepanjang 37 tahun rampasan tentera tu jadi, segala violation masyarakat, politikal, hak awam dan rampasan tanah Palestin yang terjadi secara langsung membuatkan krisis sebuah konsep sama ada telah dilupakan ataupun disalahertikan. Mungkin juga, kita jarang diberitahu macam mana negara Israel tu terbentuk; benih kepada ladang dilema ni.

Disebabkan oleh tu, Israel mempunyai identiti diorang sendiri; kewujudan dan hikayat yang penonton boleh paham. Orang Palestin pulak dibentuk macam binatang. Maka, personaliti dan pandangan diorang terbenam di bawah bebanan dan tragedi yang diorang pikul seumur hidup.

Even kajian pun setuju bahawa ideologi Israel yang lebih mendominasi liputan. There is far more coverage of Israeli deaths than Palestinian, even though far more Palestinians have died and they have the evidence that unerringly shows it. Israeli violence is tempered not only by the weight of coverage but by the very language used to describe incidents.

One example is a template for hundreds: when Israeli police killed 13 Israeli citizens of Palestinian origin in October 2000, inside Israel, soon after the armed uprising in the occupied territories began, BBC and CNN coverage was a fifth of that given to the Palestinians who stormed a police station in Ramallah a day later and murdered two captured Israeli soldiers. These Palestinians were 'a frenzied [lynch] mob... baying for blood'. No such lurid prose was used to describe the Israeli killing of their own citizen Arabs.

In the Israeli reprisals that followed the Ramallah killings, ITV said the Israelis were 'abandoning their restraint'. This was after two weeks in which Israeli forces had killed 100 Palestinians, most of them civilians (no, not Telosan's Civilian).

Cause and effect are misreported. Why does the 'cycle of violence' start? In October 2002, the BBC repeatedly referred to the killing of the Israeli tourist minister as the reason for Israeli army reprisals against Palestinian towns and villages. It did not mention the fact that the Popular Front for the Liberation of Palestine had killed the minister in reprisal for the Israeli assassination of its leader.

The cycle is always shown as Palestinian attack and Israeli reprisal. Broadcasters consistently fail to suggest that it might be the military occupation that engenders armed resistance or that Israeli actions may be such as to provoke Palestinian violence. The study finds that the daily despairing and degrading consequences of living under military occupation are rarely reported.

Walaupun banyak pinggan mangkuk cakap orang Israel pun ada hak untuk hidup, jarang sekali... jarang sekali kita dengar walau sebijik cawan pun cakap orang Palestin ni pun punya hak yang sama.

Monday, April 11, 2005

The Greatest Discrimination on Earth

Seingat aku, sampailah bulan ni, Abbas Suan; salah seorang daripada tiga Arab yang join pasukan bola sepak Israel asyik kena boo je memanjang oleh ribuan peminat Israel yang prejudis bila setiap kali dia sentuh bola biarpun berniat menghalang usaha pihak lawan menjaringkan gol.

Begitupun, sekarang ni, orang Israel cop dia sebagai hero negara. Ketinggalan satu mata pada saat-saat last perlawanan menentang Ireland, midfielder yang berumur 29 tahun tu lepaskan satu sepakan kencang ke hujung jaring gol pihak lawan. Bagi Abbas sendiri, nilah one of the sweetest moments of his life.

Akan tetapi, signifikan gol Abbas yang bertarikh 27 Mac 2005 tu mungkin boleh pergi lebih jauh dari setakat membangkitkan harapan Israel untuk sampai ke peringkat akhir Piala Dunia buat pertama kali sejak empat dekad berlalu.

Pejuang hak asasi menganggap pencapaian Abbas mungkin boleh ukir semacam satu milestone buat perjuangan berdekad-dekad kaum Arab minoriti negara tu menentang diskriminasi. Bagi diorang, it’s bigger than Abbas Suan.

Sepanjang tempoh empat tahun setengah saudara Palestin diorang bangkit kat Tebing Barat dan Gaza, rakyat Arab Israel yang cuma 20% je banyaknya mendapat tekanan yang gila-gila babi punya hebat. Kes gasak dengan polis pada Oktober 2000 memakan 12 nyawa. Beberapa lagi dituduh bawa bom berani mati ke kota-kota Israel dengan kereta diorang yang sekali gus mengagamkan lagi rasa cuak orang Yahudi.

Walau bagaimanpun, dengan Abbas berjaya selamatkan pasukan bola sepak tu, diorang kata sikap ni mungkin boleh berubah. Tetiba, rakyat Arab Israel kembali menjadi sebahagian daripada nyawa negara tu – diorang joined public debate tapi bukan berada di posisi yang negatif.

Tetiba, keupayaan Abbas Suan bagi satu gol kat pasukan Israel kononnya berupaya beri legitimasi kepada orang Arab kat Knesset.

Beberapa hari kemudian, Walid Badir, seorang lagi Arab Israel berjaya menyelamatkan pasukan bola sepak Israel dengan membawa keputusan seri menentang Perancis. Sekali lagi, pada akhir perlawanan, segala-galanya menjadi cukup dramatik.

Hal ni bukanlah pertama kali jadi; minoriti yang kena diskriminasi menggunakan bidang atlitik sebagai lorong untuk kesamaan sejagat.

Kat Perancis, Zinedine Zidane, anak kepada imigran Algeria, berjaya semacam melembutkan sikap keras rakyat negara tu terhadap minoriti Islam bila dia sukses mengemudi pasukan bola sepaknya menang Piala Dunia 1998.

Ada dua tiga Israel yang layan perlawanan Piala Dunia awal April tu cakap yang the power of that goes beyond the goal. Benda ni kiranya semacam breakthrough. Mesej besarnya jelas adalah satu: Orang Arab Israel berkongsi kemenangan ni dengan orang Yahudi dan diorang pun patut berkongsi hak terhadap komitmen yang diorang kasi.

Memang pun! Orang Palestin yang tetap lepak kat negara Yahudi tu lepas perang Arab-Israel pada tahun 1948 memanjang asyik kena pandang semacam je oleh majoriti negara tu. Walaupun dapat kerakyatan gedebak-gedebuk semua tapi masih, diorang tetap berada di bawah pemerintahan tentera sampailah tahun 1966.

Hak asasi untuk mengundi turut meracuni sektor lain. Kat bandar-bandar Yahudi dan Arab, perbezaan yang besar nyata wujud dari segi pendidikan mahupun pembangunan.

Pangkat-pangkat tinggi dalam kerajaan memang orang Arab tak dapat merasalah. Walau macam manapun, tahun lepas, orang Palestin pertama telah dilantik kat Mahkamah Agung dan mengepalai sebuah kementerian.

Still, orang ramai bagi amaran yang tendangan Abbas sahaja takkan mungkin menoktahkan prejudis ke atas Arab Israel yang dah bertahun jadi. Aku pun rasa macam tu jugak. Arab dan Israel berbaik? I know and you know it; not in this fucking life!

Thursday, April 07, 2005

The Fans Strike Back

Aku minat Star Wars. Seriously. Walaupun prequels dia lame as fuck tapi still, aku sayang saga ni lebih daripada aku sayang anak-anak aku yang akan lahir kat dunia ni jugak suatu hari nanti. Begitupun, dengan kegilaan aku ni, aku tak pernah paham dengan sikap peminat-peminatnya yang fanatik nak mampus. Maksud aku, yelah, aku bet ramai daripada diorang yang tahu plot filem Star Wars: Episode III - Revenge of the Sith dari A sampai Z tapi apasal diorang gila-gila babi punya tak sabar nak tengok like ada surprise yang menunggu diorang? Benda ni bukan pertama kali jadi, sebelum-sebelum ni pun sama jugak. Check this shit, tujuh minggu sebelum its release, Star Wars fanatics started lining up outside Grauman’s Chinese Theater for the sixth installment of the popular George Lucas movie series. The vigil began Saturday.

But there’s one fucking problem: Revenge of the Sith won’t be showing at the Hollywood landmark when the movie is released May 19. The studio, 20th Century Fox, opted instead to open the film a mile away at the ArcLight theater.

Still, the psycho Star Wars die-hards aren’t moving on. Beneath a makeshift awning, 11 people refused to relinquish their spots in line.

“We’ve heard all this before,” fan Sarah Sprague said, noting there were plenty of rumors in 1999 and 2002 that previous Star Wars movies weren’t opening at the Chinese Theater. The rumors were false and the films were shown there.

Gilalah! Pergi mampuslah diorang! Kalau aku, baik aku berzikir dengan tasbih di genggaman kat rumah!


"Obi-Wan, have you heard the news about the geeks?"
"Don't center on your anxiety, Anakin. Keep your concentration here and now where it belongs."
"Damn it, I knew you gonna say that! Fuck!"

Friday, April 01, 2005

Hari Perbodohan April

The first of April is the day we remember what we are the other 364 days of the year. - Mark Twain

Aku bet, dengan penuh gay, ramai orang berusaha dengan sepenuh kudrat untuk buat hoaxes and practical jokes of varying sophistication with the goal of publicly embarrassing the gullible hari ni.

Walau macam manapun, the origins of April Fool's Day are unknown, although various theories have been proposed. Ada yang cakap ia ada kena mengena dengan penerimaan kalendar Gregorian pada tahun 1582 dululah, pasal penduduk Islam Sepanyol dihapuskanlah dan memacam lagi. Takde sesiapa pun tahu siapa yang start tabur benih idea ni dulu. Bak kata macam filem Ringulah, "Cerita macam ni tak mula dengan sapa-sapa. Khabar angin tersebar; orang ramai mula anxious. Sampai satu part, orang sendiri mengharap; benda sebegitu betul-betul jadi."

Aku dulu ada terbaca pasal superstitions April Fool's Day. Traditionally, pranks are supposed to end by tengah hari. Those done afterwards are supposed to bring bad luck to the perpetrator. However, this is not universally adhered to and many of the hoaxes listed below appeared after noon. Anyone who fails to respond to the tricks played on them in the proper spirit of tolerance and amusement will also suffer bad luck. It is also said that being fooled by a pretty girl will be compensated by marriage to or at least friendship with her (Vovin, jangan lupa take note).

Another myth or superstition is that marriage on April Fools' Day is not a good idea for a man for he will be permanently ruled by his wife. Apparantly, children born on this day will experience good luck in most matters but will only meet with disaster when it comes to gambling. Hmm, bagus jugak kan?

Apapun, banyak organisasi media have either unwittingly or deliberately propagated hoaxes on April Fools' Day (macam hari ni kat Hitz.FM bak kata Fairul). Even normally serious news media consider April Fools' Day hoaxes fair game and spotting them has become an annual pastime. The advent of the internet as a worldwide communications medium has also assisted the pranksters in their work.

Lastly, korang ada masa yang nak dibuang hari ni, rajin-rajinkanlah diri layar kat http://www.albinoblacksheep.com/flash/you.html untuk layan The Top 100 April Fool's Day Hoaxes of All Time. Enjoy!

Projek Maya: Le Monde Bleu

Chapitre 5: Kacipan Angin Rahsia

“Jadi adalah satu pelanggan ni telefon agensi tu lepas ambil salah seorang perempuan yang ada. Dia telefon untuk cakap betapa bestnya perempuan yang dia ambil tu and what a good time he had; awek tu stay dengan dia seminggu. Walau macam manapun, dia cakap dia dah jumpa satu agensi lain kat online dan awek-awek dia tentulah lagi mari. Dia pun tempah yang ‘in-call’; maknanya, dia siap datang rumah awek tulah. Sampai sana, ketuk pintu, dibagi masuk dan... pap, kat keliling dia ada tiga mamat badan besar bagi dia dua pilihan: Nak belasah ke atau nak kasi duit. Dia pun bagi ajelah duitnya. Dia tu sheikh Arab, ada berjuta duit dia kat bank dan benda bodoh macam ni memang langsung takde apa bagi dialah; buang masa je.”

“Benda ni biasa jadi ke?” tanya aku kepada Addi yang bertutur lantang tadi. Keadaan tandus studio membuatkan nadanya lebih mendedau dari lazim.

“Bukanlah benda biasa tapi ada jadi jugaklah. Bisnes ni banyak pakai duit dan menatang ni adalah salah satu cara untuk cekup orang yang ada banyak duit jumpa kau kat tempat yang kau sendiri pilih.” Tangan Addi masih terus menguntil setiap ruang kanvas. Matanya juga tepat ke arah yang satu dengan raut tenang. Bani yang turut girang mendengar kisah tersebut tidak sempat mematikan konsol Universal Media Player yang terletak di sisi; hanya volume ia sahaja diturun mendadak.

“Kebanyakan agensi biasanya tak guna gambar awek-awek yang betul macam agensi sorang kawan aku ni join. Jadi, memang banyaklah pelanggan dia sound, ‘Oh, you’re real,’ bila setiap kali pintu dibukak,” sambung Addi.

“Kiranya, the scam works the other way too, kan?” Bani pula mencelah dengan sekalian jari kiri tekun mengusap setiap pastel; menimbal kebaikan fizikal lilin warna tersebut. “Kalau aku call dan mintak sorang perempuan datang dan jumpa aku kat memana punya alamat aku bagi, tentulah dia datang kan? Jadi, what’s to stop me robbing her?”

Addi melepaskan bahak yang menulikan seolah-olah Bani adalah seorang maksum meminta double whiskey di sebuah kelab pinggir bandar. “Dude, mesti kau tak pernah pakai escort service kan?” Kepala Addi bergilir-gilir memandang Bani dan aku yang masih kaku berteleku di kerusi. Barangkali Addi juga sedar aku dalam keruan yang samar.

“Mana boleh kau just call dan mintak awek, bai?! Contohnya macam kau call dan bagi sekali alamat, memana agensi sekalipun takkan hantar memana perempuan. Benda ni bukan prostitution, okey? It’s escorting; ada perbezaan fundamental kat situ.”

“Penting hal ni,” ujar Addi lagi. “Orang ingat escort ni sama dengan prostitution dan kotor padahal sebenarnya gila-gila punya lain. Kalau sorang awek tu lepak dengan pelanggan dia seminggu, awek tu akan lepak misalannya kat Istana. Tetiap malam, diorang akan pergi makan kat Eden Village. Ini contoh jelah.” Tumpuan Addi kembali disasar ke kanvas yang kian comot.

“Tapi dude, kalau awek tu kasi pelanggannya pegang-pegang badan; raba-raba bontot, tu kira salah jugaklah kan? Takyah fikir agamalah, ni kita cerita bab logik jelah,” soal Bani seakan cuba mencipta situasi kusut. Lakaran Bani ternoktah seketika. Dia toleh ke arah Bani yang masih setia menanti sebuah jawapan.

“Kalau gitu, itu bukan escort; itu belaan namanya!” Addi merengus lalu kembali memutar catan berus dengan keras pada karyanya. Bani mengukir senyuman malas lalu kembali meninggikan pekikan suara konsolnya itu. Dia sempat mendesis ke arah aku dengan tangan kanan mengatup sebahagian besar sisi bibir, “Saja je bakar, kasi dia marah. Bila dah marah macam ni, teringat Ivannalah tu!”

Serentak dengan anggukan aku, Bani memulakan gambaran imaginasinya. Sudah tiga minggu Addi menyertai Kelas Creative Fundamentals tersebut dan pabila setiap kali kelas tersebut berlangsung tanpa tenaga pengajar dan sebahagian besar thoolib seperti ini, aku akan duduk menganggur bersama. Begitu jua Bani yang hanya ke sini sekali-sekala untuk menyerodi bakatnya yang tidak pernah wujud. Hakikatnya, niat dia juga seperti aku; hanya ingin menemani suatu makhluk bernama teman.

“Siapa tu?” soal aku setelah melihat catan Addi kian membentuk sesuatu. Lamunan dia yang meliar di kanvas mati serta-merta.


“Apa benda?” Kerutan terlukis beribu di kening.

“Kau lukis tu muka siapa?”

“Muka siapa apa bendanya? Ni landskaplah! Ni pokok, ni bukit, ni kononnya jalan yang membawak ke..." lidah Addi terkelu setagal. Matanya menyeluruhi kanvas. "Hmm, yelah! Macam ada rupa muka orang sikitlah!”

“Itulah, nampak macam muka orang je!”

“Yeah, muka siapa kau nampak? Muka Ivanna?”

“Tak, muka arwah Sarah.”

Keadaan di studio sekonyong-konyongnya bagai dilanggar jutaan karura. Genggaman Addi yang memaut berus sejak tadi terlentok ke pinggang. Mata tepat kepadaku. Bani yang hibuk dibalut alunan muzik turut sama mengubah haluan fikiran. Wajah aku meriakkan pandangan lurus; tidak menyesal dengan kenyataan yang disebut tadi. Addi kemudian melepaskan berus di palet. Kain yang terletak di sisi diraup kemas untuk mengelap tangan yang bersisa warna.

Bani mematikan semula konsol muziknya, berlari ke lukisan Addi dan meneliti setiap inci warna yang disimbah. Seketika, kepalanya berpaling ke arahku.

“Kau ni gila ke, Wanie? Apa yang sama dengan arwah Sarah?” soal Bani. Addi masih memilih jalan untuk mendiami daerah sunyi.

Aku bangkit dari dudukku lalu berjalan ke kanvas Addi. Senyuman tawar hanya kemas menghiasi bibir.

“Entahlah, mungkin aku just teringat kat dia kot? Teringat kat satu kata-kata dia ni,” ujarku seraya mengambil berus Addi tadi. “Kata-kata dia yang berbunyi, ‘kita berempat ni memang rapat, yet kita tak kenal sesiapa pun!’ Masa tu aku ingat dia cakap merepek je sebab tengah high tapi rupanya ada betul jugak.”

Aku mencelup warna hijau di palet lalu mereciknya ke lukisan Addi. Masing-masing disulam sunyi.

“Aku tak faham dengan kaulah, Addi. Aku tak tahu macam mana kau boleh suka kat sesuatu atau seseorang yang memang nyata berada kat tempat yang salah.” Berus di tangan mula melakukan tarian warna perasaan aku yang kacau.

“Hmm, aku tak tahulah macam mana aku boleh berani tanya kau macam ni depan-depan Bani semua. Dulu aku tak macam ni masa sekolah menengah. Aku ni kiranya tak berani dan takut bila tiba bab buat keputusan nekad. Masa nak masuk tingkatan empat dulu, fikiran aku terbelah dua sama ada nak masuk aliran Sastera ke Sains. Last sekali, aku pilih Sains. Aku tak menyesal tapi tak boleh nafikanlah aku minat Sastera jugak. Kat kolej, aku kenal Sarah yang ajar aku banyak benda pasal jadi yakin. Jadi, sebab tulah aku buat keputusan untuk jadi berani sekarang; tahu buat keputusan sendiri. Contohnya, macam bab minat penulisan tulah dan... berdepan dengan kau macam ni!”

Tanpa sedar jadinya, sekalian wajah aku telah dipenuhi oleh manik-manik kaca amarah yang mengalir dari gigi mata. Aku melepaskan berus Addi di meja lalu menyentak beg yang terbiar di lantai sejak tadi.

“Chow dulu,” kataku lalu beransur pergi. Keadaan tiada lain hanya dikemam ketandusan 1000 tahun.

* * * *

Aku hanya tiba di kolej menjelang tengahari, menghadiri kelas kedua untuk hari tersebut. Suasana seperti biasa; membosankan namun selang beberapa minit berteleku di dewan kuliyyah yang masih tandus, Bani memberi kejutan di sebelah,

“Wei, mana kau pergi pagi tadi?” menyoal dengan sedikit rengus. “Wanie cari kau.”

Meskipun diri hampir diragut lelap, kesegaran lantas kembali bagi memberi sepenuh perhatian terhadap nama yang disebut; lebih-lebih lagi setelah berlaku peristiwa semalam.

“Mana dia?” tanyaku bersungguh-sungguh.

“Wanie?” Bani bertakat-takat. “Entah, dekat kantin kot?”

“Okey, thanks,” aku bangkit, menjinjing beg dan terus berlalu meninggalkan Bani terpinga-pinga di sisi meja.

“Apasal ni?” soalku sebaik sahaja menemui Wanie di kantin; tanpa perlu membuka bicara dengan salam.


Tanpa sebarang kata, majalah Listrik yang sudah terkuak buka pada mukasurat 24 dihulur kepadaku. Terhidang sebuah artikel bertajuk ‘Muzik – Bila Ia Bermula Di Malaysia?’ hasil buah tangan penulis bernama Mimi Razali.

“Penulis ni dulu selalu hantar surat dekat aku, cerita pasal minat dia dalam penulisan, lepas artikel aku yang pertama keluar,” Wanie memerai tuturan. “Aku banyak jugak beri galakan dekat dia supaya hantar apa-apa je karangan dekat Listrik. Tapi dalam dua isu terakhir ni; artikel dia berturut-turut keluar. Dan penulisan dia... memang dahsyatlah.”

Aku membisu. Senyum tawar mirip semalam terukir di bibirnya.

“Apa yang aku patut buat?” soal Wanie yang menyimpan seribu harapan di sebalik raut melankolik tersebut. “Dia mesti akan datang jugak untuk temu duga tu nanti.”

Bersambung...
>><$BlogItemCommentCount$> comments <$BlogItemControl$>