Wednesday, May 03, 2006

Titian Persona: Orang Seni

Beberapa tahun lalu, dalam satu perjumpaan PEKARTUN. Datuk Lat dengan abang ngah aku dah habis basah berlabuh punggung menunggu kartunis yang lain datang.

"Apasal motherfuckers ni semua tak datang lagi hah, datuk?" abang aku soal.

Dengan relaks, abang kepada Mamat Khalid tu sahut seraya tersenyum, "Biarlah... biarlah diorang lambat. Orang seni ni jiwa halus. Kang kalau ditegur, merajuk. Biarlah, biarlah."

"Cis, babi punya orang seni!" bisik teman lain di sebelah; juga seorang kartunis.

Tuesday, May 02, 2006

Titian Persona: Belajar

Beberapa hari selepas menara berkembar WTC roboh di pusat Manhattan. Balai Budaya Tun Syed Nasir. Majlis perkahwinan abang aku (belah lelaki).

"Tak... tak perlu belajar di institusi. Gunakan pengalaman; pengalaman tu guru terbaik sepanjang zaman. " Datuk Kemala bercerita pasal bidang pengarangan dekat aku.

Aku tercengang.

Dua tahun sebelum itu, di Jalan Dewan Bahasa (yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Lapangan Terbang Lama). Seperti lazimnya, di sebuah kedai mamak dekat sebelah Wisma Mirama.

"Nak buat filem? Serius anak kau nak buat filem? Tak payah belajar pasal kamera, tak payah belajar pasal lighting, tak payah belajar pasal penulisan skrip; suruh dia belajar psikologi."

Bapak aku tercengang.

Titian Persona: Art

Sebuah kedai kopi Cina dekat Flat Choo Ching Kei di Jalan Lapangan Terbang Lama. Sekitar awal 70-an.

"Hish, lama betul tangan ni tak pegang berus; lagi makin jauhlah jiwa aku ni dengan art," luah bapak aku.

Latiff Mohidin hanya tersengih secuil sambil menjawab, "Jangan risau, hidup hari-hari melangok macam ni pun art jugak."
>><$BlogItemCommentCount$> comments <$BlogItemControl$>