Thursday, March 31, 2005

The Da Vinci Colt

I just read somewhere that a children's book about Leonardo Da Vinci is set to capitalise on the success of Dan Brown's best-selling novel The Da Vinci Code.

Who Can Crack The Leonardo Da Vinci Code? is touted as 'more historical' than the Brown novel, which has been condemned by some high-strung Catholic churchmen.

The book, by Austrian writer Thomas Brezina, gives young readers puzzles to solve in an 'interactive adventure'.

Brown's mystery has sold 15 million copies worldwide.

A spokesman for Prestel Publishing, which came up with the idea to link the new book with the best-seller, said it was a 'marketing tool' which is common in publishing nowadays.

Good God, I don't even have an opinion! Anyhow, let's finish this post with a cliche-ridden statement shall we? "Hai, dunia... dunia... macam-macam!"

Friday, March 25, 2005

(Re)Make (Is) Love Not War

Komplen yang paling hebat oleh movie geeks satu dunia tentang keadaan filem sekarang ni biasanya kita dengar ialah permasalahan Remake. Biasanya, orang cakap nilah bukti menunjukkan Hollywood atau Bollywood atau pembikin filem yang anti Mansur Putih dah kering idea dan more often than not met with the words "the first one was better." Sama ada korang bengang ke tak, Remake ni bukanlah satu benda yang dah ketinggalan zaman. Ia akan terus kekal dan menghujani industri filem semacam cacah yang terlekat kat badan Rodman. Masalahnya, name recognition adalah faktor agam untuk dapatkan lampu hijau buat filem. 'Sembilu 2005' bunyiknya lebih senang untuk penerbit keluarkan modal daripada 'seorang mamat ni dikerah oleh adik-beradiknya untuk bunuh sorang pakcik tua ni yang bertanggungjawab atas kematian bapak dia' (that's Matinya Seorang Patriot for those of you wondering). So do we have to stand idly by and let this phenomenon continue to ride roughshod over our beloved classics? Are we justified in our indignency?

What is a Remake but just a film based on an existing property. Takde apa yang baru walaupun bagi industri besar macam Hollywood; sejak dari zaman diorang buat filem bisu yang epik injili dan adaptasi tak rasmi macam Nosferatu. Planet of the Apes arahan Tim Burton sebenarnya takde bezanya dengan Gone with the Wind, from a creativity standpoint. Ada berlambak-lambak filem dibuat daripada apa jua bentuk karya imaginable. Ada daripada drama TV macam The Fugitives dan Anak Mami. Ada jugak filem yang diambik daripada sketsa pendek macam Pootie Tang dan Senario. Bahan teater pun pernah dibawak ke layar perak jugak macam A Few Good Men dan Abang. Video games (well, ini Hollywood ajelah) pun pernah jugak dengan House of the Dead dan Super Mario Bros (patut Ron Jeremy jadi Mario) yang dedua underappreciated habis. Sastera (Hollywood: Bapak banyak gila! Malaysia: filem-filem U-Wei), komik (Ghost World dan Mat Som), strips (Dick Tracy dan Old Master Q), drama radio (The Shadow dan... err... adalah satu tu), hell, even songs (Pink Floyd's The Wall and Awie's Tragedi Oktober) have all been the inspiration for a celluloid jaunt. The Remake is not some new kind of downfall of original thought. If anything, it's a problem that was inherent in the medium to begin with.

Setakat ni, cuma sebahagian dari pengarah power-power je yang mampu buat Remake ngam. Banyak orang timbal dan takat Always sebagai filem kedua Spielberg paling hancur selepas 1941. Personally, I think it has a charm that only a Spielberg/Richard Dreyfuss flick can have. Scorsese punya Cape Fear pulak memang surat cinta yang bebetul best kepada original dia. Kalau sesiapa ada pendapat yang berlawanan, aku akan rodok dia punya telinga (tak kisahlah walau bapak aku pun). Gus Van Sant punya Psycho, well, tu takyah ceritalah. Cronenberg's The Fly is another study in the effects of technology on the human race and therefore fits perfectly with the rest of his oeuvre (I totally just used "oeuvre" in a sentence). THX 1138 secara teknikal adalah remake kepada Lucas punya filem student. Coen Bros pulak ada The Ladykillers. But then, jangan pikir sebab diorang tu power, diorang boleh jadikannya best pulak ek?

Okeylah, biar aku cerita kat korang apa yang buatkan Remake ni kiranya satu bentuk art yang sah jugak: every single art medium ever created reinvents existing pieces. Teater punya plays (macam, say, Shakespeare) lazimnya diperkenalkan semula dengan pelakon dan visi pengarah yang lelain. Shit, Broadway is just now slowing down from a massive revival wave. Band nyanyi balik band lain punya lagu. P. Diddy dapat bikin karier dengan kerja rupa tu je. Rancangan TV macam The Twilight Zone dapat buat berapa kali? Tiga kali incarnations kan sampai sekarang ni? Patutnya dah dianggap sebagai re-remake dah. Dalam kesusasteraan pulak, if you rewrite somebody else's work and make it your own they tag the high falooting title of 'allegory' on it, dengan tetiba, kau dikira genius. These other forms of media need to get off their high-horse because they steal from the lowly moving picture show too. Oh, yup, memang ada pun! Joss Whedon ada satu rancangan TV (malas letak tajuk sebab nanti Vovin merajuk) sebelum ni yang diambik dari screenplay filem dia tulis dulu. It spawned a spin-off that was also reasonably popular if memory serves. Mel Brooks si Yahudi gila-gila punya popular sebabkan The Producers. Don't tell me you've already forgotten Neil Diamond imploring E.T. to turn on his heart light through the power of song. Buku? Korang try usya Alan Dean Foster punya penulisan dan kalau berani, bagi tahu aku ada ke tak buku yang dibuat berdasarkan satu-satu filem tu.

Gentle cakap, mungkin korang boleh cakap yang aku punya contoh-contoh tu bukanlah art yang sebenar. Point aku ialah Remake ni bukanlah semacam bentuk virus yang memakan medium seks kegemaran kita macam STD. The Remake adalah satu tradisi yang lebih tua dan kuno daripada the invention of film. Yelah, mungkin kebanyakan dibuat atas name recognition dan bukan creative filmwork. But I can think of only two movies... ever... that I believe have no redeeming value at all. No, fuck that! Even they show the magic of still photography shown in rapid succession producing the illusion of movement.

Kegilababian DBP yang Slow Gila Babi

Bahagian penerbitan DBP memang gila babi. Serius, memang gila babi tahap karma. Pagi tadi, masa on the way nak ke kerja; dihantar oleh bapak aku, tetiba bapak aku terbukak tuturan yang dia nak pergi jumpa Pengarah PPTP UKM, Encik Hasrom Haron (yang muka dan stail memang gila babi sama macam Tommy Lee Jones) hari ni for this particular job grafik. Entah macam mana, aku boleh tertanya sama ada Encik Hasrom ni kenal kebanyakan sasterawan ke tak sebab kalau boleh, aku nak bapak aku tanya pendapat dia pasal kegilababian A. Samad Said yang tensen sebab tak menang Hadiah Sastera Perdana itu hari. Aku tak ingat apa yang bapak aku jawab sebab otak aku tetiba mengelamun pada Honda Jazz ungu yang lalu kat sebelah. Yang aku pasti, sekonyong-konyongnya bapak aku kata.

"Dewan Bahasa ni memang gila babilah. Shahnon Ahmad sampai dekat enam tahun tunggu buku dia keluar."

Aku terdiam dengan kekatanya. Malas nak tanya macam mana dia boleh ke tiba bab tu sebab nampak sangat aku tak ambik pusing percakapan dia tadi. And so, bapak aku pun mulalah bercerita pasal bahagian penerbitan DBP yang slow gila babi. Katanya, DBP memang slow gini; tak tahu masalahnya, tak tahu apa puncanya. Macam aku cakap kat atas tadi, Shahnon Ahmad himself terpaksa tunggu sampai enam tahun untuk tengok buku dia keluar. Buku yang mana satu? Heck, still dalam simpanan diorang lagilah. Dengar cerita, sekarang ni dalam pra produksi; itupun setelah Shahnon terpaksa naik turun tangga berjumpa dengan Aziz Deraman (Ketua Pengarah DBP sebelum ni) dua tahun lepas. Dua tahun lepas tu bai! Satu masa dulu, ada sekali bapak aku pergi rumah gemulah Othman Puteh untuk lepak-lepak minum, sekali tetiba bapak aku kena sound dengan bini gemulah pasal satu buku suaminya tu yang dah lima tahun terperuk kat DBP.

Hence, aku teringat akan satu job grafik yang aku dengan bapak aku buat untuk penyair Marzuki Ali (yang memang tak berapa popular) tahun lepas dan bertawakkal kat DBP awal tahun hari tu. Aku agak-agak, bila aku dah menang Bintang RTM, dapat jadi penyanyi, lepas tu berlakon drama TV pulak, kemudian slow down lalu terus menyepikan diri dan tau-tau kena cekup serta kena heret ke mahkamah sebab kena tuduh ada salah gunakan dadah - waktu tu, baharulah buku tu keluar gamaknya.

Masalah gila babi DBP ni sebenarnya dah lama wujud. Aku tak tahu pasal apa. Johan Jaafar yang dilantik oleh kerajaan sebagai salah sorang Lembaga Pengelola DBP (termasuklah Baha Zain sebagai pengerusi dan Encik Hasrom sendiri) pun tak tahu pasal apa. Dia cuba jugak turun padang; pantau keadaan tapi masih, dia tak tahu apa puncanya. Akhir sekali, dia tuding kesalahan kat Anwar Ridhwan yang merupakan Pengarah Penerbitan DBP. Katanya, Anwar terlalu baik dan chill sampai habis orang bawah dimanjakannya. But Johan, lu jangan jadi gila babi; lu kena ingat, masalah ni berlaku since forever, man!

Kalau tak silap aku, benda slow ni pernah berlaku jugak kat sorang penulis ni dulu bersama dengan satu lagi benda best: Masa nak diterbitkan (10 tahun lepas dia hantar), segala manuskrip dia semua dah dihilangkan DBP. Jadi, mau tak mau, ke mahkamah jugaklah kes ni dibawak dan dia pun menang dan DBP pun kena saman sebab lalai dan DBP pun kena terbit buku dia tu dengan secepat mungkin (nasib baik dia ada buat duplicate). Yang pelik, masa tu, boleh pulak DBP jadi cepat. Tak sampai berapa bulan, dah ada pun buku penulis tu kat pasaran; kat rak paling depan sekali. Why? How? Whatta fuck?!

Semua orang tahu masalah DBP ni memang gila babi. Jadi, masa DBP di bawah regim Haji Jumaat dulu, bahagian penerbit dia dikerah untuk keluarkan bukan 50, bukan 500 tapi 5000 tajuk buku setahun. Yup, that's lima ribu my friend. Maka, untuk merealisasikan benda yang konon realistik tu, semua kakitangan bahagian utama DBP dihantar ke pelbagai bengkel ke serata tempat indah kat Malaysia bagi persiapan diri; Pangkor, Tioman, Langkawi, Genting, Cameron, PD, A Famosa, Telaga Hang Tuah dan tempat Sultan Mahmud kena bunuh. Gila babi betul! Begitupun, bila habis sekalian bengkel dihadiri, idea tu dibatalkan dengan serta-merta tanpa penjelasan yang jelas. Just macam tu je *petik jari*.

Post ni aku buat bukanlah untuk cari jalan penyelesaiannya; cuma bangkitkan isu je. Bagi aku, DBP boleh jadi rajin dan bermaruah macam dulu balik kalau diorang stick kepada niat asal diorang: Perjuangkan Bahasa Melayu dengan jujur dan ikhlas. Ini bila sorang menteri cakap tak kisah Bahasa Inggeris dimelayukan cam perkataan filosuf, I (untuk saya), komitmen, agrikultur, nasi (nation) dan memacam lagi; diorang just buat dek je. Aku rasa, nama DBP sebagai sebuah institusi ilmu masa tu dah ke takah tiga serta-merta jugak.

P/S: Syed Nasir (Ketua Pengarah DBP zaman 60s) dulu pernah sekali mengepalai satu tunjuk perasaan bawak keranda ke parlimen untuk menunjukkan rasa tak puas hati DBP kat kerajaan kerana 'membunuh' tulisan jawi dengan macam tu je tanpa membuat sebarang alternatif lain untuk perkembangkannya lagi. Itu, memang satu peristiwa paling manis pada pendapat aku dalam sejarah bahasa di Malaysia. Aku bet, pada laaa ni, memang impossiblelah DBP akan ulangi sejarah macam tu lagi; no way in hell walaupun pistol letak kat kepala.

Thursday, March 24, 2005

Projek Maya: Le Monde Bleu

Chapitre 1: Jiwa Yang Gelandangan

Kira-kira 15 billion tahun dahulu, bumi tercipta. Tempoh planet ketiga dari matahari ini berorbital adalah lebih kurang 365.26 hari. Berdiameter 12 756 km dengan kejauhan 149 600 000 km dari permukaan matahari itu sendiri.

Di bumi, setiap hari, pelbagai perihal berlaku: baik-buruk, gembira-sedih, putih-hitam; hidup-mati. Tapi pedulikan, bukan segalanya itu terdapat kaitan denganku. Cuma yang pasti, perubahan besar akan berlaku kelak di Kolej Milieu, Kajang. Dalam tempoh terdekat ini.

Dewan kuliyyah tempatku belajar akan menyaksikan pengaliran waktu. Memerhati sunyi pertemuan yang berlaku di sini. Dinding-dinding konkrit pengutuh bangunan pun akan menjadi penonton sebuah usaian cinta. Berusia pendek bagaikan bunga yang kembang sepekan.

Tunggal di situ kesemuanya berdiri. Mencatat segenap memori manusia yang terurai layu. Kini, ‘mereka’ hanya mengamati. Kerana detik-detik kirana yang bakal terjadi, bermula sekarang ini.

Di kuliyyah pagi Isnin, tiada apa istimewa boleh disampaikan. Teman-teman lebih banyak mengurung diri diam. Hanya pensyarah – Professor Sani yang beringan kata di hadapan, berdatarkan penerangan di papan putih. Sememangnya, situasi ini cukup bingung walau terlazim! Barangkali kisah aku sudah berputus kasih dengan Ivanna masih lagi mengacau semua. Lagi-lagi yang mengenali rapat. Aku pun, tiada pengecualian. Masih dihantui, jelas! Alasannya mudah, semua berlaku dengan pantas dan masih segar. Lantaran itu, tak hairanlah jika anak mataku hanya menangkap rias Ivanna yang berteleku di hujung dewan, jauh memerangkap berpuluh meter. Wajahnya tenang sahaja. Bagaikan tiada penyesalan terhadap apa yang dia puncakan. Sesekali, tragedi yang berlaku pada minggu lepas itu, datang berbondong-berbondong ke minda.

“Kamu dengar tak apa yang saya cakap tadi?!” suara parau professor menoktahkan lamunan. Mata tanpa disuruh terus diselenggarakan ke hadapan semula. Gusar, kalau-kalau ayat tersebut ditujukan pada diri sendiri.

“Wanie?” masih sunyi.

“Cik Wanie!!!” Mata kini tertumpu pada baris ketiga di tengah dewan. Susuk tubuh seorang gadis sedang dibuai lelap menghiasi segenap pandangan individu.

Setelah digamit teman sebelah, Wanie tersedar. Wajah sembab di angkat perlahan tanpa beban. Di tangan, tergenggam sebatang pen di alas beberapa helaian kertas. Rambut yang pendek namun berjurai-jurai barangkali menutup sedikit kebiadapan itu lantaran sedang menuntut ilmu kini.

“Kamu tidur ye?” soal Professor Sani kemas.

“Saya tengah menulis. Lepas tu, tertidur pulak. Bosan gilalah kelas ni prof! Apa yang prof expect?” Wanie akhirnya memerai kata. Malas nadanya. Badannya masih membongkok ke meja.

“Tak kisahlah bosan ke tak! Tapi kalau kamu nak tidur, itu…,” seraya menunjukkan arah keluar. “Awak boleh tidur dekat situ! Jangan masuk dewan ni. Tak payahlah kamu…!”

“Eh, kejap! Kejap!” Wanie memotong kata seraya menayangkan isyarat tangan kepada Prof. Sani supaya berhenti dari terus bersuara. Sunyi. “Haaa, baru teringat balik apa yang nak ditulis sebelum terlelap tadi.” Dia kembali menulis. Mengendahkan tekanan suasana.

Perasan marah yang agam mula berlari di segenap wajah Professor Sani yang tersedia panas baran perlihatkan pelajarnya yang bersikap ambil mudah. Lantas, dia berlalu ke tempat Wanie. Direntap langsung helaian kertas yang ditulis lalu meragut pen yang terselit di celah jari. Yang lain-lain, hanya mengambil tempat sebagai saksi. Wanie kaget mengkaku. Kesempatan itu, diambil Professor Sani untuk terus melangkah kaki keluar, sejurus selepas menjinjing buku dan nota-notanya dari meja. Sebelum menolak daun pintu, sempat dia memberi ingatan,

“Minggu depan, hari Rabu, saya nak tengok assignment yang saya bagi tadi; dah tersusun di meja saya! Ingat! Dan Wanie, barang kamu ni, saya pegang dulu! Kalau nak menulis ke apa, pergilah ambil subjek sastera. Bukan komputer sains, tahu?!” dan terus, dia berlepas pantas. Meninggalkan kami dan Wanie terpinga-pinga, masih.

Dewan menghening setagal. Seketika kemudian, kejutan Wanie mendadak bertukar amarah. Mukanya pula membuak merah. Tumbukan keras dilepaskan pada meja lantas membuka langkah seribu sehingga ke luar dewan. Dengan dedauan, terdengar dia melempar maki kepada yang berkenaan – Professor Sani yang sudah pun menjauh. Di dalam, pelajar-pelajar mula mendesas di gegendang masing-masing. Umpat lagi mengeji. Hampir kesemua kecuali aku dan segelintir lagi yang lebih banyak memerhati.

“Aku cakap kaulah, Addi. Nama aku nak cari awek macam tu, sorrylah!” Bani bersuara di sebelah. Sekonyong-konyong. Pandangan hanya terbiar di kaki pintu keluar.

“Kalaulah ada memana jin di dunia ni yang hilang saudara kembar, rasanya; aku tahu mana seorang lagi tu terlepas. Heh!”

Aku hanya mengelukan lidah, dan terus mengamati – dalam-dalam.

Tengahari. Sewaktu bersantai rehat menanti kelas java, tanpa sedar jadinya, hari-hari lepas bersama Ivanna datang menyinggah. Keseorangan di sudut asing kajian barangkali memberi galakan. Semuanya tiada langsung kabur: sewaktu kali pertama berteguran pada hari pertama semester satu; kemudian, kepada persahabatan yang terjalin rapat; dan sewaktu dia meminta sebuah harapan cinta sehinggalah kepada perputusan kami minggu lepas.
Urgh, sungguh memeritkan! Lagi-lagi ketika dia menyatakan alasan. “Awak tidak memahami saya,” ujarnya tanpa sebarang sekatan. Bagaimana dengan rasa kasih kepadanya yang kian menebal ini? Bagaimana dengan semua perubahan pada diri yang aku buat semata-mata untuknya? Pendek kata, bagaimana dengan diriku ini? Buang begitu sahaja? Bagaimana? Sedangkan jauh di sudut hati, aku masih ingin meluahkan rasa cinta. Siapa yang sebenarnya tidak memahami? Dia atau aku?

Dang! Dang! Dang! Persoalan di minda ternoktah perdengar barisan bunyi hentakan. Jauh beberapa meter dari sudut pandangan sebelah kiri kelihatan sebentuk tubuh perempuan sedang menumbuk-numbuk pada butang nombor telefon awam yang terpaku keras di dinding.

“Menyirap betullah!” herdiknya.

“Ei, Wanie! Apahal ni?” aku menghampirinya. Meski tersedar, dia masih menerus kegiatannya. Langkahku mati pabila tiba di sebelah.

“Benda tapir nilah, tersekat jadinya kad telefon aku ni hah! Tak boleh nak keluarkan!” ujarnya keras. Mata masih terpaku ke depan bersama kening berkerut-kerut. Tangan tidak berganjak lagi menumbuk. Perlahan-lahan, kepalanya ditunduk ke bawah.

“Hari ni memang betul-betul suweylah, Addi,” luahnya. Aku melemparkan pandangan kepada telefon awam tersebut lalu menarik kad dari lubang yang ditempatkan.

Zap! Terlepas. Langsung tiada masalah. Elok dan mudah sahaja ia dikeluarkan. Aku dan Wanie hanya terkebil-kebil perlihatkan situasi ganjil ini.

“Temu duga?” tanyaku bersama keratan iklan di tangan. Kami berdua hanya berlabuh punggung di sebelah vending machine. Bersila di atas lantai. Pandangan tajam orang yang berlalu-lalang tidak diambil pusing.

“Kau tahu majalah grafik ni: Listrik? Tahu?” tanya Wanie.

“Emm…,” teragak-agak. “Pernah dengar tapi tak pernah baca pulak.”

“Yelah, majalah tu mungkin tak popular sangat sebab dia lebih kurang majalah komik untuk golongan dewasa; ada ketengahkan bab-bab politik, sosial dan agama semua. Tapi still, dia ada followernya jugak di kalangan remaja ni,” terang Wanie bersungguh-sungguh. Aku di sebelah cuba memahami setiap butir katanya.

“Aku memang minat gila dengan majalah tu,” jelasnya, mempamerkan riak ceria ketika bercerita. “Aku pernah hantar sekali artikel mengenai sejarah S.H.A.R.P., editornya suka gila, jadi dia pun keluarkanlah! Entah macamana, baru-baru ni diorang nak pakai penulis sepenuh masa pulak…,”

“Jadi, kau nak cuba?” tanyaku, persoal kemungkinan yang sudah tersedia tahu.

“Mestilah!” jawabnya tanpa ragu-ragu.

Aku hanya tersenyum dan terus mengamati dalam-dalam.

“Aku harap kau dapatlah nanti.”

“Jangan risaulah, mesti dapat punya!” katanya penuh semangat.

Kami berdua dirundung sepi sebelum aku menyambung, “Kau ni memang sorang yang yakin. Susah nak cari perempuan macam kau.”

Dia tertawa setagal. Tiba-tiba wajahnya berubah bagaikan terdetik sesuatu di minda.

“Malam ni, kau free tak, Addi? Aku nak bagi kau baca satu artikel yang aku baru buat nilah,” soalnya. Membiarkan aku dalam bingung.

“Malam ni?”

Suasana bingit gerai mamak yang diwarnai suara jerih manusia memesan hidangan serta warna lampu menerangi pekat malam di sebelah Sungai Jeluh langsung tidak membantutkan pegunku terhadap artikel di genggaman yang ditulis Wanie. Mata yang membulat hanya menangkap setiap isi karangan yang tertulis – mengenai pandangan serong Barat terhadap Penghijrahan Nabi Muhamad s.a.w. dahulu. Penulisannya cukup matang dan menarik. Bagaikan bukan ditulis oleh seorang remaja. Bibirku mulai terlopong. Kaget barangkali membayangkan taraf pemikiran Wanie yang cukup melangit. Langsung tidak sedar bahawa selama ni, aku mempunyai seorang kawan yang sebegini berbakat.

Selesai membaca dan menghadam minuman, aku dan Wanie berlalu pergi seraya menghayati bulan sabit yang menyinar di langit, sebaik sahaja meninggalkan ucap selamat kepada teman-teman lain yang kebetulan berada di teratak makan yang sama.

“Terima kasihlah sebab sudi baca artikel aku,” Wanie membuka bicara ketika gerai mamak yang kami duduki tadi semakin ditelan kejauhan. Aku hanya mengangguk-angguk. Demam aku terhadap artikelnya barangkali belum surut.

“Bila…?” tanyaku teragak-agak. “Bila kau mula menulis hah?”

“Dah lama dah. Masa tingkatan tiga lagi,” jelasnya lalu menendang seketul batu yang terletak di tengah laluan. “Tapi masa tu buat cerpen-cerpen bodoh je.”

“Ooo, I see. Bukan nak mengampulah tapi aku betul-betul kagum dengan tulisan kau,” aku memberi pujian. “Memang dahsyat!”

Wanie hanya tersipu-sipu. Mulutnya mengukir senyuman pabila menghayati kata-kataku tadi semula. Seketika, ia kian melebar.

“Rasanya, takde masalah waktu temuduga untuk majalah Listrik tu nanti,” kini, aku pula yang yakin.

“Ye ke?” soalnya semula, seolah-olah mahu aku terus memberi semangat.

“Haah!”

Sekonyong-konyongnya, terdapat bibit sunyi di antara kami berdua. Masing-masing melayani fikiran sendiri untuk beberapa tapak sebelum dia kembali bersuara,

“Addi,” aku memaling wajah padanya tanpa sebarang jangkaan. “Betul ke… kau dah putus dengan Ivanna?”

Derauan darah terasa di setiap liang urat. Samar-samar, wajah Ivanna yang pernah mencintaiku menyelit-nyelit di ruang celik. Kabur. Sebentar, wajah Wanie kembali mencipta sebuah pandangan.

Yup, kitorang dah putus dah,” kataku berbaur kesal – kesal dengan apa yang terjadi.
“Kiranya, korang dah tak bercouple lagi dah?” soalnya lagi. Meluru. Aku hanya mengangguk lesu.

“Jadi, dah habis dah,” ujarnya bagaikan kepada diri sendiri. “I see.”

Seketika kemudian, dia berhenti melangkah, membiarkan aku terbabas untuk beberapa tapak.

“Kalau begitu, apa salahnya kan?” soal dia dengan nada agak ceria. “Kau temankan aku.” Aku hanya terpaut di sidang kebingungan: apa maksud dia?

Bersambung...

Sebuah Projek Pojok

Kesemua penyumbang di sini adalah penulis; tak kisahlah sama ada Vovin, Civilian, Fairul atau aku (Nazim Masnawi) sendiri. Begitupun, selama ni, kitorang masing-masing lazimnya menulis pelbagai bentuk roman kepada diri sendiri dari diri sendiri oleh diri sendiri di blog masing-masing.

Maka, dengan kelahiran blog gabungan ni, kitorang telah berdiskusi untuk membuat sebuah karya yang juga berbentuk berkas. Dan dengan itu, lahirlah sebuah ruang idea yang bernama Projek Maya.

Fungsi Projek Maya ini hanya satu: A place to entertain outside of the blog's daily content. Pada fasa pertama ini, kitorang akan tutur kepada korang sebuah cerita pendek yang terkandung dalam beberapa episod. Setiap episod akan dicatan oleh seorang penulis dan disambung oleh penulis yang lain pada episod seterusnya dalam bentuk kesinambungan - tiada yang stand alone.

You like to read? Well, strap in because you'll find some amazing stories (hopefully) coming for you folks.


P/S: Buat masa ni, tenaga Projek Maya ini akan diberi oleh kitorang empat orang. Kalau korang berminat, well, itu anytime bisa disusun.
>><$BlogItemCommentCount$> comments <$BlogItemControl$>