Thursday, July 07, 2005

Bahasa Melayu Penting di Asia Tenggara Maaah!

Bahasa Melayu amat berguna khususnya bagi mereka yang mahu menjalankan perniagaan di Asia Tenggara.

Menteri Pembimbing Singapura, Lee Kuan Yew, berkata bahawa jika diberi peluang untuk memulakan semula kehidupan dengan memulakan perniagaan di rantau ini, beliau ingin menguasai bahasa tersebut.

Pada masa yang sama, beliau juga ingin meningkatkan penguasaan bahasa Cina, memandangkan China akan menjadi sebuah kuasa besar dalam masa 30 hingga 40 tahun kelak.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan dalam sesi dialog bersama para ketua universiti Amerika dan Pesisir Pasifik, di Universiti Nasional Singapura (NUS), petang semalam.

Beliau berkata:

'Saya fikir saya ingin menguasai kemahiran bahasa yang mencukupi agar dapat menjalankan perniagaan di Asia Tenggara. Saya harus menguasai bahasa Melayu dan menguasai juga bahasa Cina kerana mereka akan menjadi kuasa besar dalam 30 hingga 40 tahun akan datang.'

Malah, jika sebelum ini beliau melanjutkan pengajiannya di Britain, namun, kini, beliau akan menasihati cucunya untuk ke Amerika Syarikat kerana negara tersebut merupakan kuasa besar di rantau Pasifik untuk jangka masa yang lama.

Dalam sesi dialog bertemakan 'Peranan universiti sedang dunia berkembang' itu, Encik Lee turut memberikan pandangan terhadap pelbagai isu terutamanya respons terhadap perkembangan ekonomi India dan China dan pengganasan.

Mengenai isu perpaduan kaum di sini, Lee berkata, sedang kaum-kaum lain lebih cepat bergaul antara satu dengan lain, masyarakat Melayu dilihat tertumpu di kawasan sekitar masjid.


Artikel ini diambil dari akhbar Berita Harian edisi Singapura keluaran 2 Julai 2004.

Comments on "Bahasa Melayu Penting di Asia Tenggara Maaah!"

 

post a comment
>><$BlogItemCommentCount$> comments <$BlogItemControl$>

Comments on "<$BlogItemTitle$>"

 

<$BlogCommentAuthor$> said ... (<$BlogCommentDateTime$>) :<$BlogCommentDeleteIcon$>

<$BlogCommentBody$>

 

title="post a comment on '<$BlogItemTitle$>'">post a comment