Wednesday, May 10, 2006

LELAKI KOMUNIS - HARAM

Berita pengharaman filem 'Lelaki Komunis Terakhir' mula sekali aku baca semasa menjelajah laman web imdb. Wau, laman web antarabangsa itu memuatkan berita mengenai Malaysia.

Ya, reaksi pertama aku ialah teruja melihat berita filem Malaysia di dalam imdb, bukan berita perihal pengharaman itu. Kenapa? Kerana aku duduk di Malaysia dan perkara-perkara aneh ini bukan sekali dua terjadi. Ingat bagaimana Mighty MORPHIN Power Rangers diubah tajuk dan Daredevil diharamkan HANYA kerana tajuknya? Malaysia memang...unik.

Kemudian hal pengharaman ini terpampang di Screenshots. Terima kasih kepada Jeff Ooi yang memberikan begitu banyak link untuk aku baca perkembangan isu ini. Antara yang mendapat perhatian aku ialah hal berkaitan artikel yang ditulis oleh wartawan Akmal Abdullah (dia lagi) di ruangan Hip- Berita Harian pada Jumaat lepas menyentuh hal ini. Sekali lagi Akmal Abdullah tersengih-sengih kerana sudah berjaya menyelamatkan orang-orang Malaysia dari belenggu fahaman komunis. Syabas Akmal.

Pihak berkuasa terbabit (dalam kes ini - Ministry of Home Affairs) telah mengharamkan (ban) untuk tayangan umum. Menurut Amir Muhammad, pengharaman tersebut dibuat TANPA memeriksa isi kandungan produk tersebut. Keputusan dibuat berdasarkan HANYA beberapa artikel dari Berita Harian.

Bagaimana ini boleh terjadi? Keputusan yang dibuat hanya berdasarkan andaian nyata menyerlahkan sifat takut, paranoid dan terburu-buru. Apa yang cuba dibuktikan di sini? Adakah BERITA HARIAN itu kitab muktamad untuk orang-orang Malaysia? Adakah pengharaman ini bermakna rasa patriotik terhadap negara telah dijunjung? Adakah makna Amir Muhammad tidak patriotik bila menghasilkan filem menyentuh isu komunis? Dan jika isu tersebut pun disentuh, adakah adil menghukumnya tanpa sebarang usul periksa (Dalam hal ini - 'usul periksa' yang dimaksudkan adalah menonton terlebih dahulu TANPA PREJUDIS sebelum membuat penilaian). Pihak terbabit nyata semacam tidak ambil peduli langsung untuk memeriksa apakah approach atau angle penyampaian produk Amir. Apa yang mereka tahu - filem ada tajuk komunis merbahaya untuk rakyat Malaysia dan mendakwa 'orang awam telah membantah'.

'Public Interest' - Aha, jadi lagi. Sesuatu isu berbangkit atas nama masyarakat. Sama la macam kes Kaki Kino, bila SEORANG penonton dari LIMA PULUH penonton mengadu, tiba-tiba dia (yang SEORANG) mewakili 24 juta rakyat Malaysia yang lain pula.

Tidak dapat lari, aku juga akan dituduh membela filem yang mengagungkan orang-orang Komunis. Jujurnya, aku belum menonton filem ini. Makanya aku tidak tahu apa isi ceritanya. Wajarkah aku terus bersifat 'judge a film by it's title'?. Kenapa pula aku hendak membela produk yang aku belum tonton? Amir Muhammad juga bukanlah kawan aku. Aku kenal dia, dia tak kenal aku. Ia lebih menjurus tentang persoalan membuat keputusan. Matangkah kita dalam membuat keputusan yang kita sendiri tidak tahu di mana tapak pegangannya? Apa yang aku persoalankan kenapa ia dihakimi tanpa terlebih dahulu dijalankan proses kehakimannya?

Adapun entri aku kali ini juga bukanlah menidakkan semangat patriotik aku. Cuma agak kesal dalam pada semua berteriak mahu menjadikan orang-orang Malaysia sebagai yang maju daya fikirnya, tapi masih ada yang semberono dalam membuat keputusan dan terburu-buru dalam mencipta andaian. Ada orang melolong marah bila orang luar memperkecilkan kita, tapi dalam pada masa yang sama banyak tindakan yang kurang arif dibuat oleh orang kita. Menuduh 'media asing' selalu membuat laporan ikut sedap otak mereka, tapi perbuatan sesetengah dari kita sama rencah dengan 'media asing'.

Hasarat aku kepada mereka-mereka yang resah gelisah dengan tajuk 'Lelaki Komunis Terakhir', mungkin boleh cuba tengok dahulu apa isi dalamnya tanpa bergantung kepada laporan-laporan orang yang prejudis. Mungkin ceritanya dikaji dalam-dalam dan jika mahu diharamkan sekalipun, perlukan disertakan dengan alasan-alasan yang cukup munasabah kepada tuan empunya produk.

Atau mungkin 'Lelaki Komunis Terakhir' yang diharamkan sekarang bakal menjadi salah satu filem penting 50 tahun akan datang, sama seperti Citizen Kane?

Nota:
Aku tidak tahu bagaimana etika kewartawanan dijalankan di Malaysia. Tapi buat kali keriga berturut-turut, saudara Akmal telah menghentam sesuatu isu tersebut tanpa berada/melihat produk yang dihentamnya. Pertama: Isu Kaki Kino dan Finas di mana kritikannya berdasarkan aduan dari SEORANG penonton, Kedua: Isu GUBRA di mana dia menghentam hanya berdasarkan ulasan tanpa menontonnya dan kali ini isu Lelaki Komunis Terakhir bila dia sendiri tidak pernah melihat isi kandungannya. Apa yang aku nampak dia sama sahaja seperti wartawan dari tabloid yang membuat laporan mengenai wujudnya Loch Ness di dalam tasik. Atau memang mungkin itu konsep yang dibawakan oleh Berita Hairan?

Berita CinemaOnline
Blog Lelaki Komunis Terakhir

Comments on "LELAKI KOMUNIS - HARAM"

 

Anonymous fathi aris omar said ... (5:10 AM) : 

Beberapa lagi berita tentang isu pengharaman ini boleh diperolehi di blog saya atau mstar.com.my (search: komunis) faomar@yahoo.com

 

post a comment
>><$BlogItemCommentCount$> comments <$BlogItemControl$>

Comments on "<$BlogItemTitle$>"

 

<$BlogCommentAuthor$> said ... (<$BlogCommentDateTime$>) :<$BlogCommentDeleteIcon$>

<$BlogCommentBody$>

 

title="post a comment on '<$BlogItemTitle$>'">post a comment